UsuliFaqih dot com

17 Jul, 2009

Tesis Ph.D ku

Posted by: usulifaqih In: Akademik

 

Inilah tesis Ph.D UF yang dah siap tu, walaupun siap 20 Jun lepas tapi hanya kelmarin baru dapat serahkan kepada penyelia sebab dia balik bercuti di negara asalnya Algeria. Tesis setebal hampir 450 muka surat ini mengandungi 2 bab, dan setiap 1 bab mempunyai 2 fasal. Manakala 1 fasal mengandungi beberapa mabhas pula. Dulu masa tulis tesis Master lebih kurang 120 muka surat ja, makna kata dengan 450 muka surat ni boleh dapat 3 title Master.

UF ambil masa setahun setengah untuk siapkan tesis ni yang bermula Januari 2008 dan selesai Jun 2009. Baru selangkah dalam perjalanan yang masih panjang lagi, selepas ni kena edit apa yang penyelia suruh. Lepas tu serah pula kepada pembaca dalam dan luar UIA, edit lagi apa yang disuruh dan lepas tu hantar balik untuk viva.

Viva tesislah kemuncak perjalanan seorang pelajar Ph.D, dulu masa pertahan proposal dah kena teruk, masa viva nanti tak tahulah apa yang nak kena “serang” lagi. Allahumma Yassir Amri Wa La Tu’assir, Ya Rabbi…

Share/Save/Bookmark

2 Responses to "Tesis Ph.D ku"

1 | NUAR

August 25th, 2010 at 12:30 pm

Avatar

HARAP SAUDARA BOLEHBELI TIPS DAN PETUA UNTUK PHD YANG AKAN HAMBA TEMPUHI INI…TQ

2 | usulifaqih

August 28th, 2010 at 7:31 am

Avatar

Kena istiqamah dan iltizam yang tinggi… sebenarnya kalau betui2 pulun antara tempoh 1 tahun hingga 2 tahun dah boleh selesai PhD tu insya Allah…..

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!