UsuliFaqih dot com

13 Nov, 2011

Murabbi vs Murabba

Posted by: usulifaqih In: Akademik

UF dah mengajar 10 tahun lebih di USIM. Walaupun tempoh yang lama, tapi UF takkan mengaku sudah matang dalam mengajar. Masih belajar mengajar dan proses tu takkan berhenti hinngalah mati. Sepanjang tempoh tu UF dah mengajar pelbagai jenis pelajar.

Jenis yang pandai tak ramai, boleh dibilang dengan jari. Yang banyak ialah jenis pertengahan dan yang agak terkebelakang. Yang pandai memanglah senang mengajar sebab senang faham. Yang memerlukan usaha lebih ialah mengajar golongan pertengahan. Manakala yang paling mencabar ialah mengajar golongan ketiga.

Kalau nak ikutkan, dalam hati ni nak “marah” juga golongan kedua dan ketiga sebab “malas”, “susah faham” dan lain-lain. Namun bila fikir balik dulu UF tergolong dalam golongan dua setengah (antara golongan kedua dan ketiga: mungkinnnn), membuatkan UF terfikir apa sumbangan yang UF kena buat untuk bantu mereka.

Ramai di kalangan rakan-rakan UF bila dalam meeting atau sembang-sembang sering menyalahkan pelajar itu dan ini. Namun bagi UF “kamu” sebagai seorang pensyarah yang cerdik dan dulunya cemerlang dalam pelajaran, tetapi gagal dalam memotivasikan pelajar. Marahkan UF???? silakan…..

Betullah kebanyakan pelajar sekolah agama yang kemudiannya menjadi pelajar USIM, agak kurang (bukan semua yaaa) dalam serba serbi. Golongan yang cerdik-cerdik mungkin memilih atau terpilih ke program profesional seperti perubatan, undang-undang dan sebagainya. Tinggallah golongan yang kureng sikit untuk dibentuk dalam bidang-bidang yang dikatakan tidak profesional seperti Syariah dan lain-lain.

Sudahlah dilabelkan golongan 2nd class, di”marah” pula oleh pensyarah-pensyarah dalam kelas, lebih tersentotlah motivasi mereka. Memang betul ada antara mereka perlu ditegur, dimarah tetapi bukan dalam bentuk negatif berbentuk penghinaan. UF ada sikit pengalaman dalam beberapa siri bengkel kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang dapat “lulus bersyarat” (LBS). Mereka ni kalau semester depan dapat pointer 2.0 ke bawah juga, boleh dibuang universiti.

Dalam bengkel, mereka menangis-nangis mengenang nasib mereka. Ada yang dah putus semangat nak belajar, nak berhenti dan macam-macam lagi. Namun rakan-rakan pensyarah (dedikasi buat Pn. Dina Supaat) dan UF menaikkan motivasi mereka supaya “sedar diri” dan lakukan perubahan, maka tiada seorang pun daripada mereka yang gagal. Sekarang mereka dah lama bergraduan walaupun sekadar kelas tiga.

Penat memanglah penat, asyik nak motivasi pelajar jaaa. Kenapalah mereka tak boleh fikir sendiri?? Bagi UF, memotivasikan pelajar bukan hanya sekali tetapi berterusan dan tidak boleh putus asa. Bagi UF juga, golongan profesional macam perubatan kalau berjaya menghasilkan pelajar cemerlang tidak menghairankan kerana pelajar tu memang dah cerdik. Bahan mentah dah baik so produk pun baik.  Tapi kalau kita (pensyarah) berjaya hasilkan produk baik daripada bahan mentah “kurang baik”, itulah kejayaan yang lebih bermakna.

Sebab itulah pensyarah kena jadi murabbi, bukan sekadar mu’allim atau muhadir.Kalau pensyarah tidak berhenti-henti menyalahkan pelajar (walaupun mungkin boleh atau layak disalahkan), maka jadilah pensyarah murabba…..

Share/Save/Bookmark

2 Responses to "Murabbi vs Murabba"

1 | nabilah

February 6th, 2012 at 2:22 pm

Avatar

sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?

2 | usulifaqih

February 7th, 2012 at 10:07 am

Avatar

Memang makna dia jem buah pun

Comment Form

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!