Jenis-Jenis Air
Air yang boleh bersuci dengannya ada 7 jenis:
1) Air hujan.
2) Air laut.
3) Air sungai.
4) Air perigi.
5) Air mata air.
6) Air salji.
7) Air embun.
Pembahagian Air
Air terbahagi kepada 4 bahagian:
1) Air mutlak: iaitu air yang suci lagi menyucikan serta tidak makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib.
2) Air panas (musyammas) disebabkan cuaca: iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan. [...]







