Melihat 2 orang pelajar itu, hati aku terdetik takkan 2 orang saja yang datang jemput aku namun cepat-cepat aku menepis tanggapan negatif itu. Mungkin seolah-olah memahami isi hati aku, Rosli memberitahu yang pelajar-pelajar lain kebetulan pada pagi itu ada mesyuarat agong Persatuan Pelajar Malaysia Syria, jadi hanya dia dan Aminuddin saja yang datang menjemputku dan [...]







