30 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Akademik
Pada 9 - 12 Julai 2009 akan datang, Ijtimak Tabligh Sedunia akan diadakan di tapak berhampiran masjid Kuaters KLIA, Sepang. Ijtimak ini melibatkan 100,000 orang lebih ahli jemaah Tabligh seluruh dunia. Bersempena dengan Ijtimak ini juga, UF dah berbincang dengan seorang kawan pensyarah USIM untuk membuat satu research yang mana respondennya terdiri daripada ahli-ahli jemaah Tabglih [...]
26 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang akan menganjurkan kem motivasi kepada pelajar-pelajar tahun enam pada 11 Jun nanti. PIBG hanya menganjurkan dan akan dikendalikan oleh satu syarikat motivasi luar. Lokasi cadangan ialah Kolej Za’ba, UKM selama dua hari satu malam. Tetapi masalah timbul apabila berlakunya kematian seorang pelajar UKM di Kolej tersebut seperti yang dipaparkan [...]
26 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
Satu konsert “Malam Kesenian Islam” akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 27 Jun 2009Hari: SabtuMasa: 8 malamTempat: Pentas Budaya, Bandar Baru Salak Tinggi (berhadapan Maybank BB Salak Tinggi)
Berhibur bersama kumpulan nasyid ”Nowseeheart” dan “Instinct”. Temui mereka di sana! Bawa anak-anak sekali…
25 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
(Duduk dalam heli pun cukup lah)
Pagi tadi diadakan rehearsal untuk program Community Policing hari Sabtu ni. Yang menarik perhatian ramai ialah rehearsal gimik dari Skop Production yang dijayakan oleh pelakon-pelakon gerak khas seperti “Sarjan Misai” A. Galak, detektif Lingam, detektif Zaidi dan juga pelakon-pelakon Akademi Polis seperti Serena, Zack Kool dan lain-lain. Apa [...]
24 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Ilmiah
PENDAHULUAN
Untuk memahami sesuatu ilmu, ia bergantung kepada gambaran umum ilmu tersebut yang dijelmakan melalui definisinya. Jika dilihat kepada istilah Usul Fiqh, ia mengandungi dua perkataan iaitu “Usul” dan “Fiqh”. Setiap perkataan mempunyai makna tersendiri dan apabila keduanya digabungkan, ia membentuk definisi kepada Usul Fiqh itu sendiri. Sebelum di sebut definisi ilmu ini, maka kita perlu [...]
22 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dengan kerjasama penduduk Kota Warisan, Sepang akan menganjurkan satu program “Community Policing” seperti berikut:
Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Padang di hadapan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang.
Dirasmikan oleh: Dato’ Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Selangor)
Pelbagai aktiviti disediakan. Antaranya:
- Kaunter diskaun bayaran saman.
- Gimik Gerak Khas Yusuf Haslam “Skop Production”.
- Pameran pelbagai [...]
21 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
Surau al-Hijrah Kota Warisan telah memngambil inisiatif menganjurkan kelas bimbingan Asas Fardu Ain untuk remaja-remaja yang tinggal di sini. Kelas ini adalah percuma setiap Sabtu malam Ahad selepas solat maghrib menggunakan buku karangan Allahyarham Us. Sulaiman Endut “Asas-Asas Fardu Ain”. Kelas ini dikendalikan oleh Us. Zairul al-Adib imam surau (bab Akidah dan akhlak) dan juga [...]
20 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Ilmiah
Ilmu atau subjek Usul Fiqh adalah teras kepada pengajian Syariah dan ia diajar di semua peringkat pengajian Islam baik dipondok, sekolah mahupun di universiti. Jika mana-mana institusi pengajian Islam (Syariah) tidak mengajar ilmu ini maka sistem pengajian Islam itu akan menjadi pincang. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu Usul Fiqh untuk dipelajari.
Jadi kepada mereka yang bertanya [...]
19 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah Azza Wa Jalla, atas limpahan kurnianya UF selesai menulis tesis Ph.D tepat jam 3.40 petang hari Jumaat 25 JamadilAkhir 1430H bersamaan 20 Jun 2009 pada hari Sayyidul Ayyam yang penuh berkat ini. UF doakan agar kajian sepanjang setahun setengah ini memberi manfaat kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan [...]
19 Jun, 2009
Posted by: usulifaqih In: Umum
Pensyarah UKM saman penulis blog RM1j
SHAH ALAM 18 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap pemilik laman blog al-ghari.blogspot.com kerana didakwa menulis artikel yang mengaitkan beliau dalam isu fahaman Wahhabi. Dr. Azwira Abdul Aziz, 41, dari Jabatan Pengajian al-Quran dan As Sunnah, Fakulti Pengajian Islam [...]